Thursday, December 9, 2010

hati

setiap makhluk dikurniakan sekeping daging yang bernama hati. Jika baik daging tu, maka baikla keseluruhan badan tu dan begitu sebaliknya. Saiz ja kecil tapi peranannya sangat besar. Memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian kita. Jika tidak digilap setiap hari, maka makin ber'karat' la hati tu. Maka ber'karat', makin parah la keadaannya. Banyak penyakit yang dikaitkan dengan hati. Penyakit hasad dengki, riak, ujub dan banyak lagi. Jika tidak dibasuh setiap hari, takut menjadi lebih kotor dan busuk. Orang pun tak suka dengan benda yg kotor dan busuk. Macam sampah la. dah la kotor busuk pula. Ada orang pegi dekat ka tempat2 macam tu. Malah nak lari jauh ada la. Macam tu juga kita. Nak tak nak, kita kena basuh hati ni. nanti orang menjauhi diri dari kita.

Berbicara mengenai hati, selalu dikaikan dengan cinta. Cinta. Ia itulah satu anugerah yang Allah berikan kepada setiap makhluknya. Cinta kepada benda, manusia, binatang , ibadah dan sebagainya. Kita sebagai empunya hati, menjadi jentera penggerak. Hati pulak sebagai main formation yang menerima maklumat dari tiga sumber, nafsu, bisikan syaitan dan iman. Dua sumber yang membawa jahanam, satu sumber membawa kebahagian. Dua lawan satu. Ini bermakna kita lebih cenderung untuk memberikan output yang 'jahat'. Tapi ingatlah, dengan iman, mampu menghalang kedua-dua sumber tersebut dari sampai ke hati kita. Bagaimana? Banyak caranya. Memperbanyakan orang membaca quran, mengikuti majlis ilmu, bermunajat kepada Allah dan banyak lagi. Namun, praktikalnya bukanla senang seperti disangka. Ia memerlukan semangat dan mujahadah yang tinggi. Bila hati dah menerimanya, lihatlah kesannya. Tenang. Aman. Selamat. Terasa sepi jika tidak melakukan kebajikan.

hati yang telah dipenuhi dengan input iman, kadang kala tersasar menerima input dari dua sumber lagi. Berlaku lintasan dari dua sumber ni. Berdoalah kepada Allah agar kita diberi perlindungan. Hati kita mula berubah warna. Satu titik akan bertambah setiap kali kita mengiyakan input yang diberikan dari nafsu dan bisikan syaitan. Time ni la, kawan memainkan peranan tuk mengingatkan. Jadi, dalam hidup ni tidak boleh bersendirian. Risau syaitan dan nafsu menjadi peneman.

Bila hati dah makin parah, makin susah tuk diubati. Pergilah jumpa doktor pakar pun. Dia pun akan menggeleng. Tak mustahil tuk pulih, namun amat payah dan susah. memerlukan mujahadah yang sangat tinggi, setinggi langit di angkasa. Bukan nak buat hyperbola tp itula kenyataan. Perlu melalui banyak peringkat. Jika dah banyak usaha dah buat, banyak quran la, dengar ceramah, dengar orang ngaji, tapi masih juga tidak tenang, tidak aman, berdoalah kepada Allah. Minta digantikan dengan hati yang baru. sesungguhnya Allah maha pemurah lagi maha mengasihani.

waallahu3lam~ peringatan buat diri sendiri.

Aku menjadi saya

Skrg ni masih lagi dalam mode exam. Masing2 sibuk dengan exam. Ada yang sampai tak sempat nak makan. Klu sempat pun ala kadar ja. Cian2. Tapi tak pe, aku tahu, tu la kesungguhan hampa nak berjaya dalam peljaran. Alhamdulillah. Tak sia2 penaja menaja hampa suma. Klu depa tau, hampa teruk studi, mungkin depa bagi naek gi elaun. huhu. Tu tak tambah ngan mereka2 yang rela 'mengorbankan' masa dengan aktiviti persatuan. Berlari ke sana, berlari ke sini, semata-mata tuk menjayakan sesuatu program. Moga Allah permudahkan urusan kalian. Kagum ngan hampa.

Pa2 pun, dalam kita sibuk dengan suma aktivit kita, pelajaran kita, jgn kita smpi terlupa ngan leka dgn ibadah kita kepada Allah. Aku tau suma, yg tgh baca blog aku yang tak seberapa ni, sudah pndi membahagikan masa beljar, persatuan dan ibadah kepada Allah. Eya dak? Tapi aku tak nafikan, kadang-kala kita terlupa dan lalai dalam menjalankan ibadah kita kepada Allah. Dalam kita sibuk belajar tuk menghadapi exm, smpi ada yg tak sempat makan, jgn kita lupa tuk kita jaga ibadah kita dgn Allah. Sesibuk mana pun kita, luangan la masa tuk berinterkasi dengan Allah. Dalam sehari-harian kita, berapa saat, minit, jam ja yg kita luangkan tuk berdua-duan dengan rabbul3alamin. Tu yang kadang2 kita studi2, tapi tak dapat result spr yg kita nak. Sebabnya kita tak jaga hubungan kita dgn dia. Bahaya. Khuatir nanti, kita akan cakap yg bukan dengan lidah yang tak bertulang ni. Usaha bukan penjamin kita.

Tu mereka yg sibuk dengan aktiviti persatuan. Moga Allah melapangkan tugasan hampa suma. Dah la dalam fatrah exm, sempat pulak nak buat benda macam ni. Bagus2. Teruskan. Korang ni banyak korban tuk lapangkan urusan orang lain. n Aku tahu hampa mesti dah bahagikan masa korang elok2 kan? Kalau belum gi, eloknya latihla diri tuk susun jadual kita. Tak salah kita berpesatuan, tapi jgn smpi kita tinggal tanggungjawab penting di belakang. Bukan senang nak bahagi masa kan.

tuk peringtan diri sendiri...


Tuesday, December 7, 2010

Just

Baru sebentar tadi, aku berjalan bersama dengan seorang sahabatku. sahabat yang kukenal dari INTEC lagi. Dulu, main jeling2 ja, sekarang dah boleh gelak ketawa bersama. Namun, manusia boleh berubah. Aku harap kau dapat maafkan aku jika aku terkasar bahasa, tersilap bicara. Hidup umpama air sungai yang mengalir. Kadang kala, alirannya lurus tanpa dihalangi oleh batu2. Kadang kala ia tercorner sikit dari laluan lurus,namun arahnya tetap sama. Kehadapan. Mungkin batu itu, boleh kita ibaratkan sebgai satu penghalang atau musibah yang melanda diri kita. Namun, lihatlah air tu, tetap tenang alirannya. Kehadapan. Begitu juga kita. Biar musibah atau penghalang berada di depan mata kita, hadapila ia dengan kelembutan. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Insya Allah.

Kali ni, entry hanya sebgi memenuhi ruangan kosong dalam jiwa. Orang cakap, bila kita terasa kosong, maknanya, kita masih dalam phase goyah. Kita terasa sunyi dan sepi. Adakah baiknya perasaan sebegini. Membawa kita kembali kepada Allah. Ingin berkhalwat bersamaNya. Namun, jangan dibiarkan perasaan ni terus menghantui diri kita. Kerana Syaitan akan mengambil peluang dari kelemahan kita. Bila terasa perasaan sebegini rupa, cepat2 la mengambil sembahyang ka, dengar orang baca quran ka tak pun, dudukla bersama orang yang kita senang. Moga dipermudah dan dilapangan kesepian dalam jiwa kita. Wujudnya perasaan ni, mungkin Allah ingin kita berdamping lebih lama denganNya. Aku tak bermaksud yang Allah berhajat kepada kita, tapi lebih kepada sayangnya kepada kita.

Banyak ruang lingkup dalam kehidupan kita yang masih lagi belum kita terokai. Cuma penyakit malas masih menyelubungi diri kita. Berdoalah kepada Allah. Minta dijauhi penyakit ni. Kesannya mungkin secara directnya tidak kelihatan, tapi impaknya sangat besar. Ia atau tidak, sejarah telah membuktikan. Kerana malasnya kita, kita telah ditindas, kerananya malasnya kita, menjadi fitnah kepada agama, kerana malasnya kita, keluarga sengsara, kerana malasnya kita, memusnahkan diri kita sendiri. Malah ada pulak yang berbangga dengan penyakit malas yg dimilikinya. Mesti kita paling kurang terdengar "ala, ko boleh la score tinggi sebab ko belajar. Aku mana ada studi macam ko"

sekadar tu ja. wasalam..

ambillah ibroh dari kisah pembinaan semula ka3bah tika Rasulullah menjadi hakim kerana sifat al-aminya. Ambil pengjaran dari kisah penurunan wahyu pertama yang diturunkan, yang mementingkan amalan pembacaan, dan ambilah ikitbar dari kisah penguzlan rasul kita yang kita cintai dalam menghadapi hidup yg penuh cabaran ni. Kita perlukan satu masa tuk bersendirian tuk kita menghidup dan memanaskan enjin semangat dalam diri.. wasalam

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah

Salam maal hijrah. Harap masuknya tahun baru Hijrah ni, kita dapat perbaharui azam dan niat kita. Biarlah tahun baru pada tahun ni, menjadi turning point dalam diri kita untuk melakukan satu perubahan. Dulunya, kita seorang yg suka melewatkan sembahyang, azam dalam diri, tahun baru ni, kita menjadi orang yang paling menjaga solat kita. Bagi mereka yang dah sentiasa splat pada awal waktu, kita tingkatkan pula amal kita, dulu buat wajib ja, tahun kita kita tambah dengan qobliah dan ba3diahnya. dulunya kita suka berbual kosong, tahun ni kita penuhkan kalam kita dgn zikirullah. Tiada yang mustahil dalam kita melakukan perubahan. Yang menjadi penentunya adalah diri kita sendiri.

Selalu juga kita dengar "ala, rilek la dulu, awal lagi ni", "eleh, buat alim konon", "eh, kau tau tadi, si polan tu dah rajin ke masjid tau", "ala,sok lusa aku berubah la"...dan macm2 la lagi. Cuma, ingatlah, kita bergelar makhluk, yang dicipta dari kholiq(pencipta). Kita tak berkuasa terhadap apa yang akan berlaku di masa depan kita. Mungkin, saat ni, atau dua minit lagi, ajal menjemput kita bertemu dengan yang Maha Esa. Persoalannya, adakah kita telah bersedia? Renung bintang di angkasa, berhenti sebentar tuk muhasabah.

Perubahan bukan perlu ditunggu, tapi perlu dikejar. Perubahan bukan datang bergolek, tapi kita perlu menggapainya. Bila? Bermula dari saat ni, ketika ni. Mulakan la tahun baru kita dengan azam baru. Dengar lah, ceramah2 yg berkisarkan maal hijrah. Penuhi hari pertama kita tuk tahun baru dengan suatu yg berfaedah dalam kita mengorak langkah menghadapi hari2 seterusnya. Mudah-mudahan dengan usaha kita yg sedikit ni, Allah menilainya dengan pandangan rahmatNya dan memberi kelapangan untuk kita dalam melakukan perubahan. Allah tidak akan mengubah suatu kaum sehingga kaum itu mengubah dirinya sendiri. Jadi, di samping dengan azam yg tinggi, usaha kita perlu selaras dan berlari seiring dengan azam dan matlamat kita. Eloknya, biarlah azam dan matlamat kita tu disandarkan kepada Allah semata-mata. Janganlah mengharapkan pujian dari manusia yg tidak membawa kita ke mana.

Bagi mereka yg telah melalui detik2 yg pahit pada tahun lepas. Bersabar lah. Itu sahaja yg mampu kuungkapkan buat kamu sekalian. Moga Allah permudahkan dan murahkan antun sekalian. Bagi mereka yg menghadapi dalam masalah peljaran, moga Allah kurniakan kecerdikan dan kefahaman dalam menuntut ilmu Allah. Mungkin diantara kita yang mengalami musibah bertali arus dan masih mampu bersabar denganya. dan bila sampai di satu limit, kita mungkin akan goyah dan putus asa. Tapi ingatlah, bahawa Allah tu maha Adil, tidak pernah menzalimi hambanya, melainkan hambanya sendiri menzalimi diri mereka. Pulanglah ke fitrah asal kerana itulah sebaiknya. Jadikan ad-den tu sebgai secara hidup dan berpeganglah kepada quran dan sunah. Kerana kita mungkin terlepas pandang, mungkin kita boleh bersabar, tapi dalam masa kita bersabar kita lupa untuk meminta pertolongannya. Kita sombong denganNya. sedangkan Dia sahaja yg boleh menyelesaikan masalah kita.

Itu saja...

Berubah itu memerlukan pengorbanan. Perubahan itu bukan semua yg berjaya harunginya, ada yang terkandas. Minta la pertolongan dari Allah moga dipermudahkan.

Jika kita ingin merubah dunia, ubah la diri kita dahulu, kerana ramai diantara kita, yg ingin mengubah duni tapi terlupa tuk mengubah diri.

~salam maal hijrah dari saya~ sebgi satu peringatan buat diri saya..

Manik-manik kecil dari langit

Dalam detikku menjalani hidup sebagai seorang pelajar di bumi Jordan ni, aku tidak terlepas dari kelalaian dan kealpaan terhadap apa yang berlaku di sekelilingku. Baru-baru ni, ada kawanku yang mengikuti solat meminta hujan. Hal ni aku ketahui secara tidak sengaja apabila kumembaca status ymnya. Aku berfikir sejenak. Betul juga. Tahun ni, Jordan mengalami musim sejuk yang kukira agak lambat sedikit berbanding dengan tahun lepas. Tahun lepas, kedatanganku telah disambut dengan tiupan angin sejuk yg membuatkan tubuh kecilku menggeletar hingga terpaksa memakai baju berlapis-lapis tebalnya. Tapi tahun ni, agak berlainan sedikit. Musim sejuknya agak lambat. Hujannya yg sepatutnya turun awal bulan 10 tidak turun. Membuatkan hati kecil si petani resah dan gelisah. Gandum yg sepatutnya tumbuh menghijau memenuhi kawasan pertanian mereka masih tidak kelihatan.

Apa yang menariknya? Apa yang cubaku sampaikan? Ya, aku sendiri mengakui, bila ku pandang,bila kufikir sekali lalu, nampak seperti tidak apa yang perlu kurisaukan. Kenapa? Mungkin hati ni lalai dari mengambil iktibar dari fenomena alam yg berlaku. Sedangkan dari sinilah, kita dituntut mengenai kekuasaan Allah yg mentadbir sekalian alam. Memang kuakui, aku tidak merasakan kesannya yang jelas. Yang kutahu, studi itu dan ni. sedangkan hal seperti ni, aku terlepas pandang. Satu peringatan yg disampaikan dari yg maha Esa. Namun, kenapa kita seperti tidak endah? tu tandanya kita masih kurang dalam memanfaatkan akal yg diberikan.


Friday, November 5, 2010

Kawang[bhs nganu]

langit malam indah dihiasai bintang. Angin malam yg sejuk membuatkan suasana menjadi lebih tenang. Nyaman tuk bersiar-siar. Orang arab pun bukan suka sangat nak keluar time musim sejuk. jujurnya, gue lebih suka panas dari musim sejuk. Sebab, gue tak tahan sejuk. Kadang2 tu, gue dah tak tahan sangat. Tahun lepas, tulang kaki gue dah sakit dengan kesejukan amat sangat. Tapi bila fikir balik, time musim sejuk baik dari satu segi. Orang arab tak keluar rumah sangat. Macam malam ni la. Selalunya, orang arab keluar satu family, patah lagi, budak2 remaja mereka. Lagi, musim sejuk ni, pakaian orang pompuan dye elok la sikit. Tak la mcm musim panas. Kadang2 ter'ngumpat' gak kat diorang ni. Cian diorang kan. Dah la macam tu. Kita pulak nugmpat kat diorang. Patutnya, kita doakan la mereka agar orang bg taufiq tuk mengamalkan cara hidup islam. Yer dak?. Gue ingat gi, tahun lepas, masa musim sejuk. Masa first sem, indah..huhu. gue sekelas ngan Salam[ kawan kelate kawe]. gue belajar sambil2 sal sebutan ngan dye. Balik dari jami'ah pun sama2. Singgah minum hot coklat. Pergh! memang sedap dan seronok.

Sekarang, masa makin berlalu. Meninggalkan seribu kisah kenangan yg tidak akan hilang dek masa. Kalau kita mati pun, kita tetap juga 'hidup'. "hidup' bersama dengan kawan2 kita. Ia akan segar hingga ke akhir zaman. Dipeturunkan ke anak cucu hinggala ke cicit dan cucut. Semua semakin sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab masing2. Tak lupa gak, ngan depa yg masih tak berubah. Huhu. Masih sama ja. Fizikal ja yang makin membesar. Sibuk ngan studi, persatuan dan macam2 lagila. Namun, kegembiraan ketika bersama masih terasa.

Cuma, gue kadang2 terfikir,[gue tak tau nak terang camna], gue cian kat depa yang bertungkus lumus tuk orang len, sampi diri sendiri agak tidak terurus. Berkorban tuk orang len, saudara len. Namun ada gak segelintir yang masih penting diri. Fikir tuk diri sendri ja.

Jujurnya, aku gembira bila lihat kawan kugembira. Lihat senyuman di sebalik dua bibir yang nipis. Gue tak kisah, gue jadi 'bahan'. Yang penting gue nampak kawan gue ceria. tu la, kadang2 gue ni, 'ambk berat terlebih', dan kadang kala disalah ertikan. Gue minta maaf dan gue tak kisah. Mungkin perkataan 'serabut' mungkin agak sinonim dengan diri ni. Eya dak? Sibuk jaga tepi kawan orang lain. Bila kita dengar kawan kita dapat score 'rendah', apa perasaan kita? sedih? gembira? tu la kau, tak belajar? Apa reaksi kita. Kita bg nasihat atau menjadi 'penekan'. Ka, kita akan jawab, depa dah besar dah, dah pandai fikir dah? Camtu jawapan kita. tak pernah terfikir tuk bantu diorang.

Kita2 sama manusia. Adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah. pabila kawan kita dibawah, kita lah yang me'naik'kan mereka. Ka, kita nak biar mereka dalam keadaan mcm tu? Fikirkanlah...seronoknya apabila kita berjaya bersama, banyak 'penghalang' dapat dpecahkan. Banyak benda yang kita bualkan dan kongsi bersama. Bukan time tu saja, tapi selamanya..

Memang ada orang tu, kuat tolong orang, hingga nak tolong yg bukan 'sejenis' ngan dye. Gue respect lu. tapi sebab ada batas yang digariskan sebgai pemisah tuk menjaga 'kebaikan' bersama, dye taat dan cuba lakukan yang termampu.

erm..takat tu ja kot..gue kena studi plak. pa2 pun, entry tuk ingatan tuk gue dan kita bersama. sory rr..entry mcam tergantung cket..


p/s, i'm not a cannibal but a vegetarian.aku bukan yg dulu lagi[jadi ayat blues tuk kini dan selamanya tak leh pakai dah]

no title

Penulis : JeRniH

Aku menatap diari di hadapanku Hampir lima tahun diari itu telah menemaniku dan selama itu juga memori terhadap peristiwa lima tahun dahulu masih terpahat dalam ingatanku. Aku bangun dari kerusi belajarku. Menggeliat. Hampir dua jam setengah aku menghadap buku Tortora.

Dring.Dring. Aku mencapai telefon bimbitku.Tertera nama Saiful.

“Helo, di mana kau sekarang? Boleh tak kau datang ambil sekarang? Aku dah mengantuk ni.” Pinta Saiful,kawan sekuliahku.

“Ambil apa Saiful?”

“Petang tadi kau cakap nak pinjam notaku.”

Aku menepuk dahiku.

Macam mana aku boleh terlupa? Getus hatiku.

“Saiful,saya minta maaf.Saya terlupa.Sekarang saya pergi ambil.Dalam 5 minit lagi saya sampai bilik Saiful.”

“Cepat sikit.Kalau kau tak sampai 5 minit lagi,aku tak nak bagi pinjam nota aku.” Ugut Saiful.

Talian diputuskan.Aku melihat jam ditanganku.Hampir pukul 12 malam. Selalunya Saiful dah dibuai mimpi masa ni. Aku bergegas memakai seliparku lalu berlari menuju ke bilik Saiful.

Kelihatan Saiful tercegat di hadapan pintu biliknya.

“Minta maaf Saiful.Saya terlupa.” Kataku tercungap-cungap ketika tiba di hadapannya.

“Lain kali kurangkan sikit aktiviti berpersatuan tu.Nanti boleh hadiri kuliah,dan kau pun tak payah lagi nak terkejar-kejar pinjam nota orang lain.”

“Nak buat macam mana Saiful.Saya tiada pilihan lain.Lagipun doktor tu dah bagi kebenaran.” Kataku,cuba membela diri.

Saiful mendiamkan diri.Selalunya dia akan bidas balik.Mungkin dah mengantuk sangat.Dia memberiku nota.Banyak juga.Baru sehari tidak hadir ke kuliah, nota dah bertimbun.

Nasib baik esok hari minggu,ada masa nak baca. Bisik hatiku.

Tanpa banyak kata,aku kembali ke bilikku dan terus ke meja belajarku. Cuba membelek satu persatu nota yang diberikan Chang. Entah mengapa,perasaanku kembali diulit dengan perisiwa 5 tahun dahulu tatkala aku membaca bahagian kanser. Nota kugenggam erat.

****************

“Sayyid!Kau dapat tawaran ke luar negara.” Jerit abangku dari ruang tamu.

Aku berhenti membasuh pinggan dan bergegas ke ruang tamu. Kelihatan ayah sedang duduk di sofa. Abang pula sedang berdiri berhadapan dengan ayah.

Tatkala aku mendekati mereka,abangku memberikan aku sepucuk surat. Aku mengamati isi kandungan tersebut.

“Tahniah.” Ucap abangku sambil menepuk bahuku.

“Betul ka ni?” Terkeluar soalan itu dari mulutku setelah berulang kali aku membaca surat tersebut.

Ayah senyum memandangku. Dari riak mukanya, kutahu bahawa dia bangga denganku.

“Ayah...”

Aku cuba menyusun kataku.

“Boleh tak kalau saya tolak tawaran ni?” Tanyaku.

“Kenapa?”

Aku hanya mendiamkan diri.

“Kalau pasal duit,Sayyid tak perlu risau. Nanti ayah cuba ikhtiar untuk dapatkannya.” Kata ayahku seperti dapat membaca fikiranku.

“Lagipun, pelajaran Sayyid akan dibiayiai sepenuhnya. Setakat nak beli barang keperluan Sayyid,rasanya tak banyak duit diperlukan.” Tambah ayah cuba memujukku.

“Adik jangan risau pasal duit. Nanti abang akan bantu ayah.”

Aku hanya mengangguk lalu pergi ke bilik. Ku amati semula isi kandungan surat tersebut. Melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan selama 6 tahun dan perlu mengikuti kelas persediaan di International Educational Center(INTEC) selama tiga bulan Suatu tempoh masa yang lama. Namun itulah lumrah sebagai pelajar. Tiada jalan singkat. Aku menghela nafas panjang.

Minggu berikutnya,aku ditemani ayahku ke INTEC. Ibu dan abangku tidak dapat turut serta disebabkan tidak mempunyai keawangan yang mencukupi untuk membiayai kos pengangkutan.