Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah

Salam maal hijrah. Harap masuknya tahun baru Hijrah ni, kita dapat perbaharui azam dan niat kita. Biarlah tahun baru pada tahun ni, menjadi turning point dalam diri kita untuk melakukan satu perubahan. Dulunya, kita seorang yg suka melewatkan sembahyang, azam dalam diri, tahun baru ni, kita menjadi orang yang paling menjaga solat kita. Bagi mereka yang dah sentiasa splat pada awal waktu, kita tingkatkan pula amal kita, dulu buat wajib ja, tahun kita kita tambah dengan qobliah dan ba3diahnya. dulunya kita suka berbual kosong, tahun ni kita penuhkan kalam kita dgn zikirullah. Tiada yang mustahil dalam kita melakukan perubahan. Yang menjadi penentunya adalah diri kita sendiri.

Selalu juga kita dengar "ala, rilek la dulu, awal lagi ni", "eleh, buat alim konon", "eh, kau tau tadi, si polan tu dah rajin ke masjid tau", "ala,sok lusa aku berubah la"...dan macm2 la lagi. Cuma, ingatlah, kita bergelar makhluk, yang dicipta dari kholiq(pencipta). Kita tak berkuasa terhadap apa yang akan berlaku di masa depan kita. Mungkin, saat ni, atau dua minit lagi, ajal menjemput kita bertemu dengan yang Maha Esa. Persoalannya, adakah kita telah bersedia? Renung bintang di angkasa, berhenti sebentar tuk muhasabah.

Perubahan bukan perlu ditunggu, tapi perlu dikejar. Perubahan bukan datang bergolek, tapi kita perlu menggapainya. Bila? Bermula dari saat ni, ketika ni. Mulakan la tahun baru kita dengan azam baru. Dengar lah, ceramah2 yg berkisarkan maal hijrah. Penuhi hari pertama kita tuk tahun baru dengan suatu yg berfaedah dalam kita mengorak langkah menghadapi hari2 seterusnya. Mudah-mudahan dengan usaha kita yg sedikit ni, Allah menilainya dengan pandangan rahmatNya dan memberi kelapangan untuk kita dalam melakukan perubahan. Allah tidak akan mengubah suatu kaum sehingga kaum itu mengubah dirinya sendiri. Jadi, di samping dengan azam yg tinggi, usaha kita perlu selaras dan berlari seiring dengan azam dan matlamat kita. Eloknya, biarlah azam dan matlamat kita tu disandarkan kepada Allah semata-mata. Janganlah mengharapkan pujian dari manusia yg tidak membawa kita ke mana.

Bagi mereka yg telah melalui detik2 yg pahit pada tahun lepas. Bersabar lah. Itu sahaja yg mampu kuungkapkan buat kamu sekalian. Moga Allah permudahkan dan murahkan antun sekalian. Bagi mereka yg menghadapi dalam masalah peljaran, moga Allah kurniakan kecerdikan dan kefahaman dalam menuntut ilmu Allah. Mungkin diantara kita yang mengalami musibah bertali arus dan masih mampu bersabar denganya. dan bila sampai di satu limit, kita mungkin akan goyah dan putus asa. Tapi ingatlah, bahawa Allah tu maha Adil, tidak pernah menzalimi hambanya, melainkan hambanya sendiri menzalimi diri mereka. Pulanglah ke fitrah asal kerana itulah sebaiknya. Jadikan ad-den tu sebgai secara hidup dan berpeganglah kepada quran dan sunah. Kerana kita mungkin terlepas pandang, mungkin kita boleh bersabar, tapi dalam masa kita bersabar kita lupa untuk meminta pertolongannya. Kita sombong denganNya. sedangkan Dia sahaja yg boleh menyelesaikan masalah kita.

Itu saja...

Berubah itu memerlukan pengorbanan. Perubahan itu bukan semua yg berjaya harunginya, ada yang terkandas. Minta la pertolongan dari Allah moga dipermudahkan.

Jika kita ingin merubah dunia, ubah la diri kita dahulu, kerana ramai diantara kita, yg ingin mengubah duni tapi terlupa tuk mengubah diri.

~salam maal hijrah dari saya~ sebgi satu peringatan buat diri saya..

No comments:

Post a Comment