Tuesday, December 7, 2010

Just

Baru sebentar tadi, aku berjalan bersama dengan seorang sahabatku. sahabat yang kukenal dari INTEC lagi. Dulu, main jeling2 ja, sekarang dah boleh gelak ketawa bersama. Namun, manusia boleh berubah. Aku harap kau dapat maafkan aku jika aku terkasar bahasa, tersilap bicara. Hidup umpama air sungai yang mengalir. Kadang kala, alirannya lurus tanpa dihalangi oleh batu2. Kadang kala ia tercorner sikit dari laluan lurus,namun arahnya tetap sama. Kehadapan. Mungkin batu itu, boleh kita ibaratkan sebgai satu penghalang atau musibah yang melanda diri kita. Namun, lihatlah air tu, tetap tenang alirannya. Kehadapan. Begitu juga kita. Biar musibah atau penghalang berada di depan mata kita, hadapila ia dengan kelembutan. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Insya Allah.

Kali ni, entry hanya sebgi memenuhi ruangan kosong dalam jiwa. Orang cakap, bila kita terasa kosong, maknanya, kita masih dalam phase goyah. Kita terasa sunyi dan sepi. Adakah baiknya perasaan sebegini. Membawa kita kembali kepada Allah. Ingin berkhalwat bersamaNya. Namun, jangan dibiarkan perasaan ni terus menghantui diri kita. Kerana Syaitan akan mengambil peluang dari kelemahan kita. Bila terasa perasaan sebegini rupa, cepat2 la mengambil sembahyang ka, dengar orang baca quran ka tak pun, dudukla bersama orang yang kita senang. Moga dipermudah dan dilapangan kesepian dalam jiwa kita. Wujudnya perasaan ni, mungkin Allah ingin kita berdamping lebih lama denganNya. Aku tak bermaksud yang Allah berhajat kepada kita, tapi lebih kepada sayangnya kepada kita.

Banyak ruang lingkup dalam kehidupan kita yang masih lagi belum kita terokai. Cuma penyakit malas masih menyelubungi diri kita. Berdoalah kepada Allah. Minta dijauhi penyakit ni. Kesannya mungkin secara directnya tidak kelihatan, tapi impaknya sangat besar. Ia atau tidak, sejarah telah membuktikan. Kerana malasnya kita, kita telah ditindas, kerananya malasnya kita, menjadi fitnah kepada agama, kerana malasnya kita, keluarga sengsara, kerana malasnya kita, memusnahkan diri kita sendiri. Malah ada pulak yang berbangga dengan penyakit malas yg dimilikinya. Mesti kita paling kurang terdengar "ala, ko boleh la score tinggi sebab ko belajar. Aku mana ada studi macam ko"

sekadar tu ja. wasalam..

ambillah ibroh dari kisah pembinaan semula ka3bah tika Rasulullah menjadi hakim kerana sifat al-aminya. Ambil pengjaran dari kisah penurunan wahyu pertama yang diturunkan, yang mementingkan amalan pembacaan, dan ambilah ikitbar dari kisah penguzlan rasul kita yang kita cintai dalam menghadapi hidup yg penuh cabaran ni. Kita perlukan satu masa tuk bersendirian tuk kita menghidup dan memanaskan enjin semangat dalam diri.. wasalam

No comments:

Post a Comment