Apa yang menariknya? Apa yang cubaku sampaikan? Ya, aku sendiri mengakui, bila ku pandang,bila kufikir sekali lalu, nampak seperti tidak apa yang perlu kurisaukan. Kenapa? Mungkin hati ni lalai dari mengambil iktibar dari fenomena alam yg berlaku. Sedangkan dari sinilah, kita dituntut mengenai kekuasaan Allah yg mentadbir sekalian alam. Memang kuakui, aku tidak merasakan kesannya yang jelas. Yang kutahu, studi itu dan ni. sedangkan hal seperti ni, aku terlepas pandang. Satu peringatan yg disampaikan dari yg maha Esa. Namun, kenapa kita seperti tidak endah? tu tandanya kita masih kurang dalam memanfaatkan akal yg diberikan.
Monday, December 6, 2010
Manik-manik kecil dari langit
Dalam detikku menjalani hidup sebagai seorang pelajar di bumi Jordan ni, aku tidak terlepas dari kelalaian dan kealpaan terhadap apa yang berlaku di sekelilingku. Baru-baru ni, ada kawanku yang mengikuti solat meminta hujan. Hal ni aku ketahui secara tidak sengaja apabila kumembaca status ymnya. Aku berfikir sejenak. Betul juga. Tahun ni, Jordan mengalami musim sejuk yang kukira agak lambat sedikit berbanding dengan tahun lepas. Tahun lepas, kedatanganku telah disambut dengan tiupan angin sejuk yg membuatkan tubuh kecilku menggeletar hingga terpaksa memakai baju berlapis-lapis tebalnya. Tapi tahun ni, agak berlainan sedikit. Musim sejuknya agak lambat. Hujannya yg sepatutnya turun awal bulan 10 tidak turun. Membuatkan hati kecil si petani resah dan gelisah. Gandum yg sepatutnya tumbuh menghijau memenuhi kawasan pertanian mereka masih tidak kelihatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment