Berbicara mengenai hati, selalu dikaikan dengan cinta. Cinta. Ia itulah satu anugerah yang Allah berikan kepada setiap makhluknya. Cinta kepada benda, manusia, binatang , ibadah dan sebagainya. Kita sebagai empunya hati, menjadi jentera penggerak. Hati pulak sebagai main formation yang menerima maklumat dari tiga sumber, nafsu, bisikan syaitan dan iman. Dua sumber yang membawa jahanam, satu sumber membawa kebahagian. Dua lawan satu. Ini bermakna kita lebih cenderung untuk memberikan output yang 'jahat'. Tapi ingatlah, dengan iman, mampu menghalang kedua-dua sumber tersebut dari sampai ke hati kita. Bagaimana? Banyak caranya. Memperbanyakan orang membaca quran, mengikuti majlis ilmu, bermunajat kepada Allah dan banyak lagi. Namun, praktikalnya bukanla senang seperti disangka. Ia memerlukan semangat dan mujahadah yang tinggi. Bila hati dah menerimanya, lihatlah kesannya. Tenang. Aman. Selamat. Terasa sepi jika tidak melakukan kebajikan.
hati yang telah dipenuhi dengan input iman, kadang kala tersasar menerima input dari dua sumber lagi. Berlaku lintasan dari dua sumber ni. Berdoalah kepada Allah agar kita diberi perlindungan. Hati kita mula berubah warna. Satu titik akan bertambah setiap kali kita mengiyakan input yang diberikan dari nafsu dan bisikan syaitan. Time ni la, kawan memainkan peranan tuk mengingatkan. Jadi, dalam hidup ni tidak boleh bersendirian. Risau syaitan dan nafsu menjadi peneman.
Bila hati dah makin parah, makin susah tuk diubati. Pergilah jumpa doktor pakar pun. Dia pun akan menggeleng. Tak mustahil tuk pulih, namun amat payah dan susah. memerlukan mujahadah yang sangat tinggi, setinggi langit di angkasa. Bukan nak buat hyperbola tp itula kenyataan. Perlu melalui banyak peringkat. Jika dah banyak usaha dah buat, banyak quran la, dengar ceramah, dengar orang ngaji, tapi masih juga tidak tenang, tidak aman, berdoalah kepada Allah. Minta digantikan dengan hati yang baru. sesungguhnya Allah maha pemurah lagi maha mengasihani.
waallahu3lam~ peringatan buat diri sendiri.
No comments:
Post a Comment