Friday, December 31, 2010

1.1.11

entry ni kutulis buat peringatan diri sendiri. aku buat entry kul 1. 48am. time ni sejuk gila! kaki tanganku menggigil. Tak tahan aku! Sambil dengan syeikh maher [kalau x silap aku] ngaji, jari2 kecik ku pantas menaip papan kekunci. Tenang. Tu perkataan yg boleh kugambarkan pada waktu skrg ni. Meskipun, thoracicku terasa pressure sikit.

Dulu, tika aku sekolah rendah n menengah dulu, aku dengar berita, remaja mati bunuh diri, remaja mati 'hero' ditengah jalan, sumanya aku buat tak endah. x rasa apa2 pun. Sebab, aku x paham. Ala, perkasa besa la mati. Suma org akan mati. tu gerak hatiku. atau sebab mereka suma aku x kenal.

Tp sejak, kakiku melangkah ke dunia mahasiswa, aku lebih mengerti, apa tu kematian. Dan benda tu, makin terasa, bila ramai saudara mara ku, terutamanya, pak cik, mak cikku, yg pergi selama-lamanya[moga ruh mereka dicucuri rahmat]. Aku yg duk jauh ni, hanya tumpang sedih.

terasa giliranku pula menanti. hanya menunggu saat. bila aku dikhbarkan oleh rakanku baru2 ni, yg seorg juniorku telah meninggal, aku terkesima. Walaupun aku tak rapat ngan arwah, namun kami pernah makan semeja dulu. Allah lebih menyayanginya, dia pergi dahulu dari aku.

dan tahun lepas juga, aku dikejutkan ngan kematian dengan isteri ustaz yg mengajarku skul rendah dulu akibat breast cancer. macam satu petanda dan satu peringatan kepadaku. huh. bukan nak takutkan diri sendiri, tapi tu la alam realiti.

tahun 2011 sudah menjelma, meniggalkan 2010 dibelakang dengan seribu satu kisah. perkara yg dah berlalu, biar la menjadi pengajaran buat diri. jangan sampai membakar diri. terus ke hadapan. gunakan la sebaik masa yg ada. perbahurui niat, tetapkan matlamat, tuntutlah ilmu, perbaik amalan, n buatlah ihsan.

sekian....

Wednesday, December 29, 2010

Setiap detik hanya sekali

Setiap saat yang berlalu tidak akan berulang kembali. Itu la kata2 yg sering kita dengar tika di bangku sekolah menengah dulu. Kalau dekat sekolah ku, guru selalu ingatkan benda ni. Ti x menyesal kemudian hari. time tu, aku buat 'derd' ja, sebab rasa cam tak penting. Selepas melangkah ke PLKN, kesan ayat yg pendek tu, baru kunampak sedikit. Aku di PLKN, baru nak hargai masaku tika dibangku sekolah menengah dulu. Namun, aku syukur, sebab aku tau, aku dah buat seperti guru kupesan. Cuma aku ja yg x perasaan. Buktinya, huhu, aku belaja kat luar negara dah. Dulu, aku dengar ja dari ustazah ku yang belajar luar negara. tapi aku x sangka pula aku akan belaja d tmpt yg sama dengan dia. Mungkin pemandangan yg kunampak skrg ni, sama macam yg ustazah kunampak tika dia belaja.

Kini, aku bergelar sebagai mahasiswa. Seorang mahasiswa yg belaja luar negara. Jauh dari keluarga. Namun, kurasakan itu satu benda biasa, meskipun hati rindu dengan mereka. Bayangkan, sejak aku melangkah ke sekolah menengah, aku hanya dapat luangkan masa sebulan setahun bersama mereka. Kalau 5 tahun, hanya 5 bulan ja aku bersama mereka. Lepas tu, merantau pula ke negara orang. aku agak2, selama dekat 7 tahun ni, aku sempat ngan familyku, lebih kurang 6 bulan ja. Ni pun aku baru perasan time aku tgh buat entry ni. huhu.

tapi, aku x kisah dan keluargaku tentu paham dengan situasiku. tu la jalan cerita hidupku. aku sebagai watak utama. Orang lain sebgai pelengkap kepada ceritaku. Ramai. sangat ramai yg kukenali. dan Sepanjang pengemberaanku, pengalaman menjadi cikgu yg paling dekat dengan diriku. Ku ingin cari sebanyak cikgu yang mungkin. merantau belaja memahami bahasa hidup.

Jadi, cerita kita jangan terhenti di sini. "chapter" yg dah lepas, jika jalan ceritanya kurang menarik, kalau boleh diperbaik, kita perbaik. Jangan putus asa. huhu. Aku pun nak bagi cantek. Biar kita menangis di sini, jangan kita menangis di sana. Biarla kita bertemu, jika x dapat bersama dalam hayat ni, moga kita bersama di perhentian terakhir.


Sunday, December 19, 2010

Monday, December 13, 2010

Indahnya perbezaan

Malam ni sepi sikit. Orang arab tak ramai yang keluar rumah. Selepas mayang isyak, aku terus ke kedai haradhomaut. Haradhomaut tu kedai makan yer, tak de kena mengena ngan maut. Tempat tu bdk mesia selalu lepak makan. Yang akwat pun, hehe, ada gak beli makanan kat situ. Sedap la katakan. Lelaki kot yg masak. Tu belum orang jawa[ulya n hanif] lagi masak. Kena penangan sekali, mesti nak lagi.

Lepas aku makan, aku lepak2 dulu, jarang boleh nampak jalan jami3ah ni lenggang ngan orang arab. Sambil2 tu, aku singgah la kedai tmpt jalan. Beli sarung tangan n mafla. Alhamdulillah dapat kurangkan 2 jd dari harga sbnr.

Lepas tu, aku tifon kebah, jiran atas umah aku. minta tolong dia tulis balik surat. Aku ada surat dalam bentuk softcopy, surat dalam bhs arab la, orang arab yang tulis. Aku tak phm, almaklumla, tulisan arab yg besa mcm tulisan 'doktor', kena cari 'doktor' gak nak minta baca. Hehe. Pendek kan cerita, beliau bersama teman serumahnya, berusaha tuk memahami tulisan 'doktor' arab tu. Tp depa dapat selesaikan gak. syukran la.

nak kata kat sini. Ada benda yg kita tak leh buat, tapi orang len boleh buat. Orang len jadi pelengkap. Indahkan.. tu ja, jari dah beku, tak leh nak tapi dah...... ;]


tu ja ~sekadar perkongsian..

Sunday, December 12, 2010

Minggu ni hujan turun,
harapnya turun dengan rahmatNya,
tukku pegang sebgi simpanan,
menghadapi di kemudian hari,

KIta,
Perlu mengerti,
BUkan suma sperti kita,
walaupunnya kita serupa,
kita kembar,
namun kita tetap beza.

Kita,
Banyak kelemahan yang ada,
masih ada masa,
tuk ubah,
biar hari ni kita kecewa,
moga kita gembira di kemudian hari.

~go forward~

Bukan kerana kau..

Yang kuharapkan bukanlah pujian dan hadiah darimu, cukuplah sekadar kau memberikan semangat tuk terus kami berjuang dan bekerja. Jujurnya, kata2 mu tidak membawa kami ke mana, tapi ia tetap membekas di hati kami. Sebagai ketua, kami ikut arahan kau, atas dasar kau diberi taklifan atas kami hormat ke atas kau. Jujurnya, kami ingin membantu kau dalam jalan Allah. Terima kasih memberi peluang kepada kami. Cuma, kami harapkan kau, raikan la kami. Bukan kami hendak meminta balasan atau simpati, tapi kami juga manusia biasa, yang punya hati dan perasaan. Macam mana nak kerja, dalam keadaan tertekan. Bukan kami nak bergurau senda, cuma kita nak rehatkan minda.

Benda besar yang kita bawa, memerlukan yang rapat dengan kita. Senang nak kerja. tu lah sebab kita perlu kenal sebelum bekerja. Agar benting dapat dipecah. Jika nak suruh atau tolong tu dan ni, tentu lidah ni ringan nak berkata ya. Benda besar, memerlukan bonding yang kuat. Persahafaman yang baik, toleransi yang tinggi, baru kerja menjadi lancar.

sebagai peringatan tuk diriku~
bukan nak bermadah, tapi sbgi muhasabah.
Ambil peluang tuk mengislah diri.

Buat benda ni, biar dari hati, bukan sebab teknikal or something..

Baru kesannya berpanjangan.. dipetik dari kata2 sorang senior

p/s- tidak ada kena mengena antara yg hidup atau yang mati

Saturday, December 11, 2010

Aku boleh!!!

i will be a good doctor,
know how to prescribe a drug,
know how to treat patients,
know how to deal with my emotion,
know how to build self-confidence,

BUT IMPORTANTLY, KNOW HOW TO BE A GOOD MUSLIM

What is unique about a doctor? Because they know precaution in medical..