Penulis : JeRniH
Aku menatap diari di hadapanku Hampir lima tahun diari itu telah menemaniku dan selama itu juga memori terhadap peristiwa lima tahun dahulu masih terpahat dalam ingatanku. Aku bangun dari kerusi belajarku. Menggeliat. Hampir dua jam setengah aku menghadap buku Tortora.
Dring.Dring. Aku mencapai telefon bimbitku.Tertera nama Saiful.
“Helo, di mana kau sekarang? Boleh tak kau datang ambil sekarang? Aku dah mengantuk ni.” Pinta Saiful,kawan sekuliahku.
“Ambil apa Saiful?”
“Petang tadi kau cakap nak pinjam notaku.”
Aku menepuk dahiku.
Macam mana aku boleh terlupa? Getus hatiku.
“Saiful,saya minta maaf.Saya terlupa.Sekarang saya pergi ambil.Dalam 5 minit lagi saya sampai bilik Saiful.”
“Cepat sikit.Kalau kau tak sampai 5 minit lagi,aku tak nak bagi pinjam nota aku.” Ugut Saiful.
Talian diputuskan.Aku melihat jam ditanganku.Hampir pukul 12 malam. Selalunya Saiful dah dibuai mimpi masa ni. Aku bergegas memakai seliparku lalu berlari menuju ke bilik Saiful.
Kelihatan Saiful tercegat di hadapan pintu biliknya.
“Minta maaf Saiful.Saya terlupa.” Kataku tercungap-cungap ketika tiba di hadapannya.
“Lain kali kurangkan sikit aktiviti berpersatuan tu.Nanti boleh hadiri kuliah,dan kau pun tak payah lagi nak terkejar-kejar pinjam nota orang lain.”
“Nak buat macam mana Saiful.Saya tiada pilihan lain.Lagipun doktor tu dah bagi kebenaran.” Kataku,cuba membela diri.
Saiful mendiamkan diri.Selalunya dia akan bidas balik.Mungkin dah mengantuk sangat.Dia memberiku nota.Banyak juga.Baru sehari tidak hadir ke kuliah, nota dah bertimbun.
Nasib baik esok hari minggu,ada masa nak baca. Bisik hatiku.
Tanpa banyak kata,aku kembali ke bilikku dan terus ke meja belajarku. Cuba membelek satu persatu nota yang diberikan Chang. Entah mengapa,perasaanku kembali diulit dengan perisiwa 5 tahun dahulu tatkala aku membaca bahagian kanser. Nota kugenggam erat.
****************
“Sayyid!Kau dapat tawaran ke luar negara.” Jerit abangku dari ruang tamu.
Aku berhenti membasuh pinggan dan bergegas ke ruang tamu. Kelihatan ayah sedang duduk di sofa. Abang pula sedang berdiri berhadapan dengan ayah.
Tatkala aku mendekati mereka,abangku memberikan aku sepucuk surat. Aku mengamati isi kandungan tersebut.
“Tahniah.” Ucap abangku sambil menepuk bahuku.
Ayah senyum memandangku. Dari riak mukanya, kutahu bahawa dia bangga denganku.
“Ayah...”
Aku cuba menyusun kataku.
“Boleh tak kalau saya tolak tawaran ni?” Tanyaku.
“Kenapa?”
Aku hanya mendiamkan diri.
“Kalau pasal duit,Sayyid tak perlu risau. Nanti ayah cuba ikhtiar untuk dapatkannya.” Kata ayahku seperti dapat membaca fikiranku.
“Lagipun, pelajaran Sayyid akan dibiayiai sepenuhnya. Setakat nak beli barang keperluan Sayyid,rasanya tak banyak duit diperlukan.” Tambah ayah cuba memujukku.
“Adik jangan risau pasal duit. Nanti abang akan bantu ayah.”
Aku hanya mengangguk lalu pergi ke bilik. Ku amati semula isi kandungan surat tersebut. Melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan selama 6 tahun dan perlu mengikuti kelas persediaan di International Educational Center(INTEC) selama tiga bulan Suatu tempoh masa yang lama. Namun itulah lumrah sebagai pelajar. Tiada jalan singkat. Aku menghela nafas panjang.
Minggu berikutnya,aku ditemani ayahku ke INTEC. Ibu dan abangku tidak dapat turut serta disebabkan tidak mempunyai keawangan yang mencukupi untuk membiayai kos pengangkutan.
No comments:
Post a Comment