Sunday, August 8, 2010

It's all about you

Kenapa dalam hidup perlu ada banyak alasan?

Kenapa dalam hidup ni, jika sesorang membuat kesalahan, dia cuba menyalahkan orang lain?

Kenapa dalam kita meniti hidup yang sesingkat kita mengelip mata kita, apabila gagal kita menyalahkan orang lain?

Kenapa dalam hidup ni apabila kita mendapat kejayaan kita lupa kepada mereka yg berkorban terhadap diri kita?


Ahmad membacanya berulang kali. Fikirannya ligat berpusing mencari jawapan. Ya, semua soalan itu seolah seperti terkena batang hidungnya sendiri tapi kenapa dia cuba membuat tidak endah terhadap soalan yang baru sahaja dibacanya sebentar tadi.

Dia mengalamun jauh. Berkhayal. Entah kenapa dia merasakan kekosongan dalam jiwanya. Jiwanya seolah meronta mengharapkan sesuatu. Nak dikatakan dia kekukarangan kasih sayang daripada keluarganya, itu suatu yang mustahil unutk dikatakan. Keluarganya melyannya dan memberi kasih sayang yang secukupnya. Nak dikatakan dia mengalami masalah dalam pelajaran tidak juga. Dia selalu mendapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan mahupu ujian. Nak dikatakan dia miskin tidak juga.

Ahmad bangun menuju ke dapur. Mengambil syummam yang baru sahaja yang dibelinya petang tadi. Musim-musim panas macam ni, makan buah syummaam ni sangat melegakan. Dia memotongnya lalu dia kembali ke bilik.

"3 hari lagi dah nak masuk bulan ramdahan tapi kenapa aku rasa macam tak da pa2 ja." bebel Ahmad sendirian.

Ahmad baring selepas selesai membantai syummam. Cuba melelapkan mata. Namun mengiring ke kiri, ke kanan suma serba tak jadi. Tak dapat juga tidur. Jiwanya meronta. Dia bingkas bangun. Menghadap komputer di hadapannya.

Dia membaca satu entry dari sebuah blog yg lebih kurang bunyinya :

Iman manusia ini kadang kala tinggi, dan sebaliknya. Cuba lihat kita sendiri. Lihat contoh yang paling dekat diri kita. sembahyang. kadang kala kita semangat membuat solat sunat dan beriya-iya semangat jemaah. kadang kala kita merasakan malas nak buat solat malah merasakan solat itu sangat membebankan. Kenapa? walhal semayang tidak sampai setengah jam. Kenapa kita kita berpersaan sedemikian rupa?

Tutup mata,muhasabah diri.

Jawapannya ada dalam diri kita sendiri. Kemungkinan kita kurang mengenal dan mencintai tuhan sekalian alam. Itu yang bila hampir tiba bulan ramadhan kita merasakan kita akan menghadapi satu bulan yang menyusahkan sedangkan banyak hikmah yang tersirat dan tersurat dalam bulan tersebut. Kenapa?

Kurangnya cinta kita pada Ilahi. Kurangnya penghayatan dan ingatan kita pada Ilahi membuatkan kita seperti merasakan segala yang disuruhnya sesuatu yang membebankan dan segala larangannya menjadi satu konkongan.

Diri depan cermin, cuba tengok muka tu,ada kedut tak kat muka tu?
Diri depan cermin, cuba tengok pala, ada tak uban2 yang tumbuh?

Lupa akan kematian. Lalai. merasakan diri masih muda...

"ahmad tak tidur lagi ka?" tanya emaknya yang berada di muka pintu bilinya.

"belum lagi. tak ngantuk lagi."

"Jangan tidur lewat sangat.'" beritahu emaknya lalu berlalu pergi.

Ahmad tidak menghabiskan pembacannya. Dia kembali ke katilnya...

Lampu dimatikan. Keadaan menjadi gelap.

No comments:

Post a Comment