Monday, August 9, 2010

Manisnya ukhwah

Selepas menunaikan sembahyang isyak di rhaoudah, Hazen bersama dengan wala menuju ke rumah Pian. Pian yang juga merupakan salah seorang peljara tajfiz menjemput rakan-rakan seperjuangannya untuk membaca surah al-baqarah sempena dia yang baru berpindah rumah.

"Hazen, tak lama lagi nak masuk ramadhan. Dengar kata, abang Imran nak 'lepaskan' kita bila masuk puasa nanti." beritahu wala dengan nada sedih.

"Betul ka? Macam mana kau tahu?" tanya hazen untuk mendapatkan kepastian.

"Semalam aku dengar abang Imran berborak dengan Pian. Masa tu, Pian nak ajak abang imran untuk sertai kita sekali."

"Tak pa la. Mungkin abang imran ada sebabnya sendiri tu. Tapi..."

Hazen memandang ke arah Wala.

"Selalunya saya ni jenis yang bangun lambat. Selama kita ikut program ni pun, jika tidak dapat qiam, subuh boleh berjemaah. Jadi tak rasa bersalah sangat."

"Tapi kan..." wala mencelah.

"Kalau tak dapat qiam malam tu, nanti abang Imran mesti kata dia menyesal tak dapat bangun. Kita pun yang mendengarnya pun ikut rasa menyesal."

Hazen dan wala senyum memanjang.

~hanya rekaan semata-mata

No comments:

Post a Comment