langkah hazen semakin cepat. Dadanya berombak pantas. Tangannya erat memegang kertas yang baru sahaja diterimanya pagi tadi. Matanya berpinar,seoalah hendak pengsan, namun tetap digagahi. Ikutkan hati, malas nak pergi tapi perubahan itu kena ada. Sampai bila nak ikut nafsu jahat.
"argh! walau apa pun, aku kena p juga!" getus hatinya.
Kini tinggal beberapa langkah lagi, Hazen sampai ke destinasinya.
Pintu diketuk.
"Sapa tu?" Tanya Ena.
"Saya" beritahu Hazen.
Ena yang mengencam suara Hazen terus membuka pintu.
"Apa khabar Hazen? Lama tak jumpa." Ena meyambut tangan yang dihulur.
"Baek saja.Abang Imran ada?" tanya Hazen ringkas.
"ada. dia ada kat Raudoh"
Hazen bergegas ke bilik. Ketika itu, abang imran dikelilingi pelajar2 tahfiz.
"Assalamualaikum." Hazen memberi salam.
"walaikumsalam.Oh Hazen, masuk la. Aah... Ni hazen ahli keluarga kita yang baru. Mulai sekarang dia akan bersama kita.
Pergerakan Hazen agak kekok sedikit. Mungkin perasaan malu dan tidak biasa masih membelenggu dirinya.
malam tu, dia memulakan sesi pertamanya dengan taaruf dengan 'ahli keluarga'nya. sedikit sebanyak tembok kemaluan dapat dihancurkan. Nafas baru muncul disegenap jiwanya...
dipetik dari SADIS,The Dentist
No comments:
Post a Comment