Wednesday, December 29, 2010

Setiap detik hanya sekali

Setiap saat yang berlalu tidak akan berulang kembali. Itu la kata2 yg sering kita dengar tika di bangku sekolah menengah dulu. Kalau dekat sekolah ku, guru selalu ingatkan benda ni. Ti x menyesal kemudian hari. time tu, aku buat 'derd' ja, sebab rasa cam tak penting. Selepas melangkah ke PLKN, kesan ayat yg pendek tu, baru kunampak sedikit. Aku di PLKN, baru nak hargai masaku tika dibangku sekolah menengah dulu. Namun, aku syukur, sebab aku tau, aku dah buat seperti guru kupesan. Cuma aku ja yg x perasaan. Buktinya, huhu, aku belaja kat luar negara dah. Dulu, aku dengar ja dari ustazah ku yang belajar luar negara. tapi aku x sangka pula aku akan belaja d tmpt yg sama dengan dia. Mungkin pemandangan yg kunampak skrg ni, sama macam yg ustazah kunampak tika dia belaja.

Kini, aku bergelar sebagai mahasiswa. Seorang mahasiswa yg belaja luar negara. Jauh dari keluarga. Namun, kurasakan itu satu benda biasa, meskipun hati rindu dengan mereka. Bayangkan, sejak aku melangkah ke sekolah menengah, aku hanya dapat luangkan masa sebulan setahun bersama mereka. Kalau 5 tahun, hanya 5 bulan ja aku bersama mereka. Lepas tu, merantau pula ke negara orang. aku agak2, selama dekat 7 tahun ni, aku sempat ngan familyku, lebih kurang 6 bulan ja. Ni pun aku baru perasan time aku tgh buat entry ni. huhu.

tapi, aku x kisah dan keluargaku tentu paham dengan situasiku. tu la jalan cerita hidupku. aku sebagai watak utama. Orang lain sebgai pelengkap kepada ceritaku. Ramai. sangat ramai yg kukenali. dan Sepanjang pengemberaanku, pengalaman menjadi cikgu yg paling dekat dengan diriku. Ku ingin cari sebanyak cikgu yang mungkin. merantau belaja memahami bahasa hidup.

Jadi, cerita kita jangan terhenti di sini. "chapter" yg dah lepas, jika jalan ceritanya kurang menarik, kalau boleh diperbaik, kita perbaik. Jangan putus asa. huhu. Aku pun nak bagi cantek. Biar kita menangis di sini, jangan kita menangis di sana. Biarla kita bertemu, jika x dapat bersama dalam hayat ni, moga kita bersama di perhentian terakhir.


No comments:

Post a Comment