hidup sebagai medik student, bukan satu benda yang mudah. Nama pun pelajar, tidak ada benda yang senang. Lain la, kalau hampa jenis yang telah dikurniakan title 'Genius'. Huh. Tapi itu pun pada sebahagian benda sahaja. Jadi tak perlu berlagak sombong. dalam meniti hidup ni, selama setahun dan lebih sebulan dua bulan macam tu, baru kutahu betapa 'seronok' nya medik. huh. Kita ikut flow k? tak payah aku cerita pnjg kat sini. Senang cerita, klu result pun tak gempak, dah usaha, dah belajar sungguh-sungguh, tapi masih tak dapat capai target tu, maknanya ada somthing la tu. mungkin kita dah studi sungguh tapi cara kita salah, atau ada satu 'kasih sayang' yang Allah berikan kepada hambanya, agar sentiasa ingat kepadanya. Jadi, kalau kita dah buat sungguh2 tapi masih tak berdaya gak, jangan kecewa, kuat semangat gak[lebih2 gi sapa2 under tajaan], kena teruskan, doa banyak2 Allah permudahkan urusan. Ameen.
jangan seksa diri. Kalau dah buat the best, jgn marah dri, tapi pujuklah diri, sebab diri tu dah buat terbaek. Tak da faedahnya kalau kita hukum diri kita yang dah do the best...Beri dia rehat, ceriakan dia. Itulah yang terbaik. perasaan kecewa memang fitrah manusia, tapi jangan biar ia melarat, jangan sampai syaitan berjaya menguasai diri kita, disebabkan kelemahan kita itu. Ingatlah Allah. Allah Maha Pemurah, mintalah, Insyallah dia akan bagi. Yakinla. Namun pada masa yang sama, ikutla apa yg diperintah, dan tinggalkan apa yang dilarang. Bangunla sepertiga malam, kerana itulah menjadi kekuatan kita disiang hari. note; Berbaik sangka kepada Allah.
Apa itu rezeki? Rezeki itu sesuatu yang bermanfaat kepada kita. Cuma, jalan kita mendapatkan rezeki tu yang menentukan sama ada rezeki kita tu halal atau haram. Jadi pada2 sapa yang dapat markah rendah[macam aku, huh] jangan sedih2, usaha lagi, Allah tak tgk pada hasil dia tapi Allah tengok pada usaha kita. kalau dapat tinggi, itula hadiah dari Allah, tapi kalau dapat rendah, mungkin ada beberapa kemungkinan. Fikir2kan la.
k la. gua kena studi plak..salam mujahadah....
No comments:
Post a Comment