Tuesday, October 19, 2010

cuba ungkaikan..ku tahu kamu mengerti..

p/s - isi masa lapang......

aku sudah mengerti bahawa hidup ni sangat singkat. Namun, masih banyak benda yg aku lali dan leka. Tidak termasuk dengan penyakit malas yang melanda diri. Cuba renung kawasan sekeliling kita, Banyak benda yang kita terlepas pandang. Ramainya manusia yang cuba mengejar dunia tanpa mempedulikan hari kemudian. Aku terfikir. Nak dunia kena ada ilmu, nak akhirat kena ada ilmu, dan dua2 kena ada ilmu. Tapi kalau ilmu tu takat ada kat dada ja tak praktik,tak guna juga. Aku pandang kawan2 sekeliling aku. Mereka semua baik belaka. Masing2 ada personaliti masing-masing. Ada yang berubah makin ke arah baik. yang dulunya kurang ke masjid kini dah makin rajin melawat rumah Allah, lebih dari aku pula tu. Aku pandang ke arahnya. Kuukir satu senyuman kejelousan terhadapnya.

Aku perhati sekeliling. Ada manusia yang sangup berkorban walau terkorban nyawa. Bukan simpati yang diminta dari kita,bukan harta wang yang ditagih, tapi keredhaan Allah tu menjadi pengalang ganti kepada penat lelah mereka. Ya Allah permudahkan ujian mereka. Kerana sesungguhnya engkau lebih mengetahui. Kulihat pada seseorang. Sentiasa ceria mukanya, pada pandanganku. Kulihat mukanya kuteringat kan Allah. Namun, kutahu bukan itu yang ku nak kan. Aku tahu aku perlukan sesuatu sebagai penggerak kepada diriku. tapi bukan seperti ni. Perjalanan masih panjang. Baru sedikit yang kulalui, namun banyak keluh kesah yang kuberikan.

Diam...

terkena dengan earshot, pedihnya sampai ke hati, bukan sebab tak puas hati, sebab aku ni jahil sangat dan tak pandai nak berfikir lagi. Nak kata budak2 bukan juga,umur pun dah nak masuk 20 tahun. Sedar tak sedar ja, umur ku telah mencecah belasan tahun. Apakah pengoraban kuterhadap agama fitrah ni. Aku tahu aku tak suka buat benda yang bercanggah dengan benda fitrah, tapi aku tak mampu nak melawannya. Malah kadang kala aku menyerah sebelum bertarung. Ada kala aku tewas, namun sedikitnya aku menang. Ni kah yang dipanggil mujahid islam? penggerak islam?. walhal ujian yang ditimpa baru sebesar zarah debu yang berterbangan di udara?

Apa faedah engkau belajar jika engkau tidak mendapat manfaat daripadanya? kenapa engkau perlu bersusah payah mencari ilmu yang tak akan engkau praktikan? kenapa perlunya engkau melakukan semua perkara baik jika hatimu tidak ikhlas dan suci? mengharapkan balasan dari mereka yang bergelar makhluk? Adakah engkau telah memenuhi tuntutan kepada Agama mu? sudahkah engkau membuat apa yg fitrahnya engkau nak? berbuat baik,ihsan?

aku bukan kau, dan kau bukan aku. Mari kita tgk apa yg kurang kat diri kita ni, cuba kita tampung dan jahit kalau ada carik kat mana2. Aku tinggalkan satu persoalan...adakah kita ni layak tuk mendapat simpati dari tuhan yang maha esa dengan pengorabanan kita yang tak seberapa, sedangkan kita mengharapkan sesuatu yang sangat besar?

No comments:

Post a Comment